Lirih Tinta Ku...

It's so easy to think about love, to talk about love, to wish for love... But it's not always easy, to recognize love, even when we hold it in our hands...

HeartBeat

~Nuffnang~

{::}Untuk Bacaan Wanita Sahaja...{::}

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka.

(Surah An-Nisa:34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah bersabda, Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita.

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3.Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri, menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW:

Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.¿

(HR:Muttafaqun Alaihi)


Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syarat untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.


Pendapat penulis pulak...
{} Patuh dan taat kepada suami yang soleh sgtlah di galakkan... Tapi jgn pulak bila suami soleh isteri plak naik minyak dn amik kesempatan... Begitu jugak dgn lelaki...

{}Menguruskan rumahtangga sgtlah patut... kurang pandai memasak xpe jgn terus xnak blajar memasak... sekurangnya ada inisiatif untuk belajar memasak pun dah cukup baik... Tapi suami pulak jgnlah kerana isteri bijak mengurus rumahtangga, terus lah di buat mcm org gaji... Mcm mana tuuuuuu...

{}Berhias untuk suami mmg wajib di amalkan oleh semua wanita... Takkan lah semasa masih dara je asyik nak cantek. Konon nya nk tackle lelaki yang di minati... Bila dah kawen lak... "xpe aku dah blaki xyah lah cantek2..." itu sgt lah xboleh... kang laki lari baru tau... Tp si suami lak, jgn lak bila isteri bhias utk anda, anda lak yg selekeh dlm bhs sarawak mehey... kang isteri lak lari... ahakzzzzzzzzz...

{}Melayani suami??? Errrrrr... xde komen laaaaaaa... Sape nk komen, komen je lahhhhhhhh... ahakzzzzzzzz... Bg aku, itu tpulang pd individu... Teringat pd kwn lama... "Seks penyeri sesuatu perhubungan..."

1 Tinta Menari Bersama...:

irbika said...

aku belum mampu menjadi yang terbaik untuk "nya"!

There was an error in this gadget

HeartBeat

~Good Writer With Good Stories...~

~Komentar Anda...~

Get This Recent Comment Widget!

Followers