Lirih Tinta Ku...

It's so easy to think about love, to talk about love, to wish for love... But it's not always easy, to recognize love, even when we hold it in our hands...

HeartBeat

~Nuffnang~

~Luahan Hatiku...~

Jarang sekali aku berbicara ttg luka di hati aku. Kerana aku sedar mesti ada insan yg menyampah mahupun meluat membacanya... Namun aku rasa itu hak aku dn ini blog aku... Kau yg tak suka, xpayah baca... JANGAN BUANG MASA KAT SINI... 

Teringat tentang sebuah kisah yg aku baca...

"Kamu melihat seseorang yang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar tali pancing. Akhirnya ikan itu dapat dinaikkan ke atas. Terkedik-kedik ia di hujung mata kail. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga tersenyum bangga kerana itu bermakna satu kemenangan. Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya. Tiba-tiba setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampak ikan itu kembali ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tetapi dia bersahaja seolah-olah tindakan dia tak menimbulkan soalan. 

Dapatkah kamu rasa apakah dideritai oleh ikan itu? Bolehkah ia menyambung hidup dengan mulutnya yang luka atau mungkin isi perutnya yang sudah robek? Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum mati. Dengan mulut terkoyak, sudah tentu dia tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun tidak mampu. Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan deritanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air."

Begitulah juga dengan aku, setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada aku, setelah aku mula menyayangi kamu, seharusnya kamu menjaga hatiku. Jangan sesekali terus meninggalkan aku begitu sahaja... Kerana aku akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi aku bernyawa.

Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang terluka kerana mengingati seseorang. Tidak... Aku tidak anti lelaki... Cuma aku serik utk membenarkan hati aku utk bcinta lagi... Sesungguhnya hanya ALLAH yg tahu betapa hancurnya hati aku ketika perpisahan itu berlaku... Hari2 aku lalui penuh dgn airmata yg tak henti2 mengalir... Mujur ada kwn tpt ku meluah perasaan meski kekadang terasa segan utk meluahkan isi hati... Suram dn kelabu adalah warna hidup...Aku pernah berharap agar aku hilang ingatan dn tidak mengingati mana2 memori tentangnya... Namun, aku akan jd seperti patung hiasan dlm almari kaca... Cantik, comel, namun hanya PATUNG tanpa perasaan dn memori... 

Setelah sekian lama, aku semakin kuat dan telah aku simpan segala kenangan jauh ke dasar hati yg xmungkin mampu d fahami oleh mana2 insan... Sesekali teringat kisah lalu, mmg meruntun jiwa dn perasaan... Namun, kisah manis, suka, gelak ketawa dn senyuman mampu membuang semua itu... Sesungguh aku kini telah menerima suratan yg tertulis utk aku...

Sedar tak sedar, sudah lapan bulan aku menyendiri tanpa seorang lelaki yang slalu ku puja ku cinta dan ku rindu... Pabila ku rindu, ku dail nombornya dan ku hanya ucapkan "I MISS YOU..." meski ku tahu nombor itu sudah tiada dlm perkhidmatan. Lelaki yang istimewa dalam hidup ku... Teramat istimewa... Lelaki yg ku byk mengajar aku erti hidup. Yg menarik aku dr terus hanyut dlm dunia ciptaan aku sendiri. Lapan bulan yang banyak mengajar aku erti kesakitan, kekecewaan, hilang kepercayaan terhadap kaum Lelaki namun turut menjadikan aku tabah, kuat dn cekal...

Memang sukar utk mbuang kenangan silam... Namun bersamanya, aku menjadi dewasa... Aku matang bersama kenangan itu... Aku kini lebih kuat... Dan bagi ku kini, cinta bkn segalanya... Aku kini hanya ingin berbakti kepada kedua org tua ku... Kepada adik2 aku... Kepada PENCIPTA ku... Aku sudah bersedia utk bersendirian utk selamanya andai itu takdir ku... Ya ALLAH, andai itu takdir yang KAU tetapkan utk aku, aku redha... Andai KAU temukan jodohku, ku mohon agar dia menerima ku apa ada ku... Menerima dan memaafkan masa silamku... Mencorakkan masa depan bersama dgn restu MU ya ALLAH... Amin Yaraballalaminnn...

Nota Chenta:// Airmata wanita adalah kekuatan dirinya namun kelemahan bg kaum lelaki...

8 Tinta Menari Bersama...:

Faizal n Fashitah said...

Sedih mek nenga bab crita ikan ya. Alu ilang mood mek nak makan ikan trubok panggang nok dibeli mek rah bazar ritok tek koh. Tapi, ahey nya.. makan juak la mek. Sedap duhal hoh.

Vivian said...

sedih mek dengar eh..huhuu dapat mek rasa dan mejin kesakitan ktk..sikpa as..take time..sabar..once ktk dpt peganti kelak, insyaAllah ktk ada lupak nya sikit demi sikit.

cinta yg dtg tanpa dicari lebih indah As..

Amni said...

kadang2 Allah hadirkan kita seorang lelaki yang bukan untuk kita sebelum kita jumpa orang yang betul2 untuk kita... trust me. One day kitak akan padah, kitak dah jumpa laki yang benar2 untuk kitak.. wait n c.. kmk dah pernah alami benda yang sama.. dan siapa sangka kmk jumpa hubby kmk. somebody yang jauh lebih bagus dari yang dolok.. *wink*

along.aggay said...

asz, mun ktak ada masalah.. ktak inbox kamek k? bila kamek baca blog ktak tok, kamek agik geram dengan ktak... ktak sik mok madah masalah ktak dengan kamek... :"( ktak salu merik nasihat ngan kamek eh.. hu5x

ztie said...

the best medicine is to let it go. the more u hold on to it, the more u hurt.

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ said...

Thanks all... actuallh kmk dah ok now... cuma luka d ati ya masih ada... suma pdh ktk org ya nang mena... kmk yakin... tp biarlah dolok... eheheeeee... jom mkn ikan panggang... abg pejal blanjaaa...

ztie said...

uh! kmk setuju dengan ayat lasz ya... bang pezal belanja!

Anonymous said...

salam..

wanita dan airmata tidak dapat dipisahkan...

HeartBeat

~Good Writer With Good Stories...~

~Komentar Anda...~

Get This Recent Comment Widget!

Followers