I came across this blog n find it very interesting... One of it is about Ali Setan's Migration... So here i shared the whole story taken from the blog itself... You can read 4urself here Jalan Salafus Sholih... Panjang mmg panjang... Tp intipati nya lebih penting...
The Story...
Saya pasti, ramai yang sudah  mengetahui akan kisah penghijrahan pelakon Azmil Mustapha daripada  kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. Namun,  saya mengambil peluang ini untuk berkongsi sesama kita untuk meneliti  segala pandangan dan pengalaman yang dihadapinya dalam sepanjang proses  penghijrahannya. Semoga kisah ini dijadikan dorangan kepada kita semua  untuk melakukan penghijrahan yang serupa. Kisah ini dipetik dari blog WanWMA.
_____________________________________________________________________________
Apabila  disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat  mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada  siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak  kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti  mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang  dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara  sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada  kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah.

Penampilan  terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung  Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat  diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri  pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini  telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab  dan ilmu agama.
Wartawan  Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu  (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang  hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam  anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.
Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?
Saya  buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar,  Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat  dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di  Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.
Saya  belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi  (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk  kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa  Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar  Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar  dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.
Sejak bila sebenarnya saudara ke sana?
Sudah  setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat  orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang  sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran  Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama  saya di sana. Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri,  13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur  di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah  satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab.  Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah  fasih berbahasa Arab.  Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.
Puas hati macam mana?
Dengan  perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal  dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana  mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan  dijaga. Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia  “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.
Di  sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah  nak lihat pergaulan secara bebas berlaku.  Duduk satu meja pun tak ada.  Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya  ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik  dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul  fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin  untuk menjaga perkara ini.
Antara  perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya,  Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di  Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah. Dulu tinggal di  Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC. Pergi ke  sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang  menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia. Sampai di Syria, dia jadi  pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar  negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan ,  China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik
Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?
Tidak  ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat  bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di  sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi  diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul  sebarang masalah besar. Kita kena yakin rezeki itu datang daripada  Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana  saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.
Malah  ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi  oleh jiran kerana terlampau banyak. Dan di sana kita yang pergi belajar  dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang  memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria .  Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi  solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan.  Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk  diberi kepada kanak-kanak.
Saya juga  terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah  RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada  Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang  jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan. Kenapa saudara  fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara  sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini  begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?
Bumi  Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang  belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di  dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St  John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana  University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah  belajar dan khatam al-Quran.
(Di  Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen,  radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk  dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen  Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan  orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam  (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil  dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar  yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian.  Ayahnya Dato’
Mustapha Kamil Yassin,  bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia  tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai  kakitangan kerajaan gred A. Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah  al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak  sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat  hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.
Di  sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah)  di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah.  Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta  saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check”  ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong  ajarkan anak-anak saya.
Tapi  alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh  menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik.  Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para  anbiya’.
Dahulu negara ini tertutup.  Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya.  Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat. Macam di Malaysia,  apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan  kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak  mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini  di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang  menyimpang dari ajaran Islam.
Adakah  kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa  anak-anak jauh dari Malaysia? Azmil Mustafa Sebab benda inilah saya bawa  anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang  tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam mana nak cari  kerja?”
Saya jawab balik, “Rezeki  itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada  kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja.  Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.
Sekarang  anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat  tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih  berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu  buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu,  buat apa?
Memberi pendidikan Islam  pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin  tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?
Saya  rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi  saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.  Sekarang kita kongsi raya, kita kongsi hukum, kongsi taraf atau standard  Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang  Barat.
Kalau tak seperti Barat, kita  anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum  kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini. Ini pun nak  berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah  500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka  tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak.
Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.
Tetapi  bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga  dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru,  rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang  Melayu nak tiru.
Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.
Dari  sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan  sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang  belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita  keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak  seberapa.
Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat.
Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..
Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..
Dan  yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam  sekolah biasa tak boleh baca Alif  Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun  payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah  berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.
Saya  cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka  peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang  berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok  anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati  sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa.  Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya.  Akhlak runtuh.
Akhlak diruntuhkan  kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana  tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.
Kenapa  remaja  dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?
Sebab  memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup  disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang  menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan  dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.
Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.
Sejak  sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan  gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi  separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita  amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.
Pada  pandangan  saudara,  masalah  keruntuhan  akhlak  ini  bagaimana  nak diselesaikan?
Sekarang  kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang  dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya  percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab  kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan  hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak,  itu pilihan anda sendiri. Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun.  Itulah masalah sekarang.
Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?
Islam  ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada  diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih  berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita  tahu Allah melihat.
Sebab itu kita  kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah  atau ikut syaitan. Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap  benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat  pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.
Islam  ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita  gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan  Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena  cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.
Berbalik  kepada  dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?
Boleh  kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru  Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah  keruntuhan. Ini yang bahayanya.
Nasihat kepada rakan artis
Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.
Wallahualam.....
Nota Chenta:// Kdg2 manusia yg jahat blm tentu hatinya HITAM... mcm ya juak org bait pun blm tentu hatinya PUTIH... Dosa manusia, hanya ALLAH yg berhak mengadillinya...



2 Tinta Menari Bersama...:
aok.layap mek masok blog ya..mcm alhamdulillah..nemu blog yg sgt bgs..
Kamek terbaca artikel tok dalam newspaper last few months. Patutpun Azmil aka Ali Setan sikda gik blakon. Bagus artikel ya pakei renungan n panduan kita bersama. Jangan ndak alah2 nonton bidio Ariel Peterporn jak2..
Post a Comment