Kaum hawa mungkin tersentuh dgn kisah sebegini... Tp percayalah adam atau hawa, kita sama saja... Yg membezakan kita adalah diri kita sendiri...
Suami  saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi  dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika  bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam  masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih . .  lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi  sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan  benar-benar sensitif serta berperasaan halus.
Saya  merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa  mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah  saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa  sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang  romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya  terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk  mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.  ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti  letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.”  Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak  seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan  saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan  perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya  dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti  ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti  akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga  cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang  memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan  lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan  paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas  dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat  yang bertuliskan . . .
‘Sayangku,  Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang  untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati  saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti  boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan  akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari  Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti  selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus  memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu  untuk Siti ketika pulang.”
“Siti  suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada  ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus  mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu  dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti  selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap  bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan  mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti  lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi  ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti  di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal  kelakar yang Abang alami.”
“Siti  selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk  kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua  nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “
“Tangan  Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,  menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna  bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi  sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana,  Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian  Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk  itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata  Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari  tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata  saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur,  tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan  sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati  dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah  ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di  luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati,  sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan  Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila  Siti bahagia.”
Saya  terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya  segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu  dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan  saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya  lebih dari dia mencintai saya. 
Kata Hati Ku://Telah  Ku kirimkan pada angin lalu betapa aku terlalu merinduimu... Juga telah aku taburkan benih-benih kasih pada embun yang turut membasahi bumi... Sempat juga aku ukir namamu dikaki langit sebelum fajar menyising hari... Tidakkah kau rasa apa yang kurasa...? Dapatkah kau jalinkan yang kuserahkan padamu...? Untuk kau... Mengertilah Bahawa Aku Terlalu...(ermmm...)  
  
Kata Hati Ku://




12 Tinta Menari Bersama...:
pelik isteri ya..apa yg laki ya polah, masih sik romantik gik ka? manusia nang sik pernah puas ow. dari jwapn laki ya..sikla juak laki ya mengabaikan nya..sik la laki ya jaik..mmmm
moral of story : hargailah pasangan.
Romantik ehhh.. Ingin nak molah kedak ya juak kelak.. haha... Nice entry...
@BSI-BSR-VIVIAN Vie, ompuan laki sama jk ooo... yg penting cinta n iman mok sama kuat... biasa kita bc, kisah lelaki xpuas ati ngn bini... bila kita bc dr sudut olaki, sedih juak kita ooo...
@AmirFX Amir, insya ALLAH... mek pun mun ada jodoh mek jd bini org, akan sebaiknya mek jaga hubungan ya... semoga kita semua berjaya dlm menjaga cinta di hati... Amin...
ya la tek..kcian laki ya,,dah ckup bgs apa yg dipolah laki ya..mungkin bini nya maok lebih2 mcm berik bunga, dinner. bila dah media or over expose dgn tipikal romantik..terikut2 apa org lain polah..kdg2 mpuan dgr kwn cerita psl romantik dgn laki..nya pun maok juak..hehehe
ney la dpt mok compare dgn org...
@BSI-BSR-VIVIAN Vie, mena pdh ktk... nang mek sokong... lain org lain cara... mek suka olaki yg simple2 jk... xmok romantik glak... seram sejuk mek...
tp mek suka suprise... eheheeeee...
tacing -__-
mena ya. manusia sik kan pnh puas pa yg ada. grrrr.
tersentuh hati baca cerita ni... Hmmm...
@Ms Nury Kan... sgt to the heart... thanks singgah...
@Ninie Nordin Ninie, nang mena... slagik xhilang, slagik nya lah xpuas ati...
pendapat kmk, setiap lelaki ada gaya nya meng ekspresi rasa cinta or romantik nya mpu. tidak semesti nya romantik ya mesti ada bunyi or candle light dinner. :)
@Kenny De Ken, mena kata ktk... lain org lain la caranya nk ooo...
Post a Comment