Lirih Tinta Ku...

It's so easy to think about love, to talk about love, to wish for love... But it's not always easy, to recognize love, even when we hold it in our hands...

HeartBeat

~Nuffnang~

Aku Sebatang Pen...

Nama aku G-String Soft. Aku berwarna hitam. Aku sering berada secara statik di dalam laci Cik aku. Aku juga punya adik berwarna biru dan merah. Nasib mereka lebih baik dari aku. Cik aku suka kan adik biru aku lebih dari aku dan adik merah ku. Aku sudah punya tiga orang adik biru. Namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana hayat mereka tidak panjang. Aku kira Cik aku memang kejam. Habis madu sepah di buang. Namun begitu lah nasib kami adik beradik. Pen bangsawan seperi PILOT, STABILO dan yang lain pun juga sering menerima nasib yang sama melainkan mereka di lahirkan dengan kecacatan azali di mana mereka boleh di isi semula atau REFILL Hebat sungguh teknologi sains bukan?

Namun nasib aku berubah hari ini. Dengan tidak di sangka-sangkakan, Cik aku mula memegang aku. Membelai dan tanpa di duga, mula meminta aku mencurahkan jasa. Semua kerana seorang lelaki yang ingin meminjam pen. YA SEORANG LELAKI!!! Sungguh aku sendiri pun rasa teruja di belai lelaki tersebut. Belaian lembut yang mengasyikkan, renungan tajam yang lembut, senyuman manis yang memikat dan suara yang biasa buat bukan saja Cik aku, malah perempuan lain kecairan. Buat pertama kalinya aku terasa SANGAT BERGUNA. Dan aku amat berterima kasih kepada lelaki ini kerana telah membuka mata Cik aku kepada kebolehan aku.

Seronok aku lihat Cik ku memegang dan membelai aku. Sekali sekala dia menggigit manja aku. Oh bahagia nya. Aku seakan dapat melihat bunga sakura berguguran ketika melihat senyuman di bibir Cik aku. Seakan-akan ternampak Cik aku sedang duduk di bawah pohon sakura sambil tersenyum bahagia. Terbaring selesa di dalam dakapan bunga-bunga sakura. Mencoret isi hati ke dalam buku diari yang menyimpan sejuta rasa hatinya. Memaksa dan mengerah keringat aku sebagai sebatang pen. Namun, aku senang begitu. Harapan ku agar Cik aku akan meminta jasa ku sehingga ahkir hayat ku.

ala-ala beginilah Cik aku... sungguh sweet... gambar ihsan google...

Begitu hebatnya perasaan manusia bukan? Andai aku dapat memberi kebahagian, ingin ku beri hari-hari sebegini kepada Cik aku. Namun aku hanya sebatang pen. Sampai masanya, aku akan pergi jua. Namun akan aku bahagiakan Cik aku selagi terdaya. Itu hanya sebahagian kisah aku. Namun aku yakin, akan lebih banyak lagi sejarah yang akan tercoret menggunakan aku sebagai pencoret nya. =) Insya ALLAH...



Nota Chenta Embun:// Kuakui, tubuhku melonglai... Sempatku memuji dalam hatiku... Jangan fikir aku kan mencinta... Ku hanya kagumi, hanya memuji...






3 Tinta Menari Bersama...:

Khairul Antasha said...

boh lupak mbak pen ya oiiii.. kmk mok nangga...hehehehe...


auwwwww!!!.. aku juga kagumi dia.. seadaanya.. :P

ztie said...

dh d kebumikankah pen ya?

Faizal n Fashitah said...

Tedah...semoga roh pen ya betukar jadi angel...

There was an error in this gadget

HeartBeat

~Good Writer With Good Stories...~

~Komentar Anda...~

Get This Recent Comment Widget!

Followers