Jika direnung-renungkan,  kita akan dapati banyak amalan kita adalah bertentangan dari apa yang  dituntut oleh Islam. Secara tidak sedar, kita telah dilalaikan atau  terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Antara contoh amalan yang  terbalik dalam masyarakat:
1. Amalan kenduri arwah  beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu  kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuhdan seterusnya) adalah  terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW di mana Rasulullah  SAW menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati  untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut  telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja  untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah kita khuatir  kalau-kalau termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau  harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak  menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus  (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi  semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka  segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati,  tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga  si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi  pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia  menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin  negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap  Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan  ada yang tak berbaju!
4. Kalau menjadi tetamu di rumah  orang dan dijamu, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang  dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut  dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidangkan supaya tuan rumah  rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat  di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan  sebaik-baiknya solat sunat sebaiknya banyak dilakukan di rumah seperti  yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk mengelakkan rasa riak.
6.  Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang  berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta  perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di  bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun! Sepatutnya perbelanjaan  di bulan puasalah yang terendah.
7. Kalau nak mengerjakan  haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah  dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduripun. Anjuran berkenduri  dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat  kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah  amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain?
8.  Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam  peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak  belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang  pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas  mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00  satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00  sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik  amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat  baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus peperiksaan.
9.  Kalau bekerja mengejar rezeki tak kira siang malam, pagi petang, mesti  pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi  peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak  ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,  rezeki Allah SWT diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10.  Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak,  bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, tuhan sahaja yang  tahu. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk  suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik  ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. (Nota ini salin dari FB Nota Mencari Kerdhaan Allah)
Nota Chenta Embun:// Sungguh aku terasa rendah diri kerana dalam tak sedar aku buat jugak amalan TERBALIK ini... Semoga kita sama2 saling mengingati sesama sendiri...



1 Tinta Menari Bersama...:
aok..sama lah.. part nk g kenduri kawen ya mena juak ooo..bila dh jadi adat, mun x berik supan jak rasa..huhu...
Post a Comment