Adakah ini hati...??? Bukan ini bukan hati... Tapi kata orang hati berbentuk ini... Hmmm... Kalau ini hati, yang di bawah nie apa...???
Inilah hati... Oopppsss ini pun bukan hati... Inilah jantung manusia... Namun puitis kata sering mengatakan di situlah letaknya hati... Hmmm... Jika jantung tak berdetak lagi, maka hati pun akan perlahan rentaknya... Dan akhirnya akan mati...
Hati sering di kaitkan dengan perasaan cinta... Soal hati dan perasaan jangan di paksa... Ia boleh membawa bahagia mahupun derita...
HATI... Binalah sangkar emas yang teguh mahupun tembok setinggi langit... Kunci dan simpalanh hati mu di sana... Namun kerana lembutnya hati, pasti akan terluka atau di lukakan...
Seteguh mana dua hati, mempertahankan rasa, andai tertulis tiada ikatan, bercintalah beratus tahun sekalipun, takkan bersatu jua... Maka redhalah... Kerana saat inilah akan teruji keimanan insan mempertahankan hatinya dari hancur... Tabahlah hati kerana pastinya DIA punya rancangan yang baik buat mu...
Put you LOVE in circle so it will linger forever instead of a heart for it will BREAK...
Cinta pasti akan akan membuatkan kita terluka... Andai kasihkan seseorang lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia walaupun kita terluka... Dan andai tertulis dia untukmu, maka dia akan kembali, walau seribu tahun sekali pun kita menunggu...
Nota Chenta Embun:// Aku telah merelakan perpisahan itu... Meski takkan terlupa selagi hayat di kandung badan, namun aku yakin, dia telah bahagia... Meski pedih menelan hakikat, namun aku pasrah... Dia bukan untukku... Telah ku teruskan hidup meski kekadang rindu datang bertandang... Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu... TELAH KU RELAKAN...







