Lirih Tinta Ku...

It's so easy to think about love, to talk about love, to wish for love... But it's not always easy, to recognize love, even when we hold it in our hands...

HeartBeat

~Nuffnang~

Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

~15 ANUGERAH ALLAH PADA WANITA TIDAK PADA LELAKI~

Mok share tok jk... Sumber dr link...

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

An Nisa 1

Nota Chenta:// Bok jk bc kisah Sh Aini makey tudung krn SAKIT GIGI... n Linda Onn betudung kerana MAHER ZAIN... Aih aihhhh... Pelik2 jk retis kita nektok... Hmmm...


~Seindah Hiasan Dunia...~

Frasa 1: Bunga Mawar - Sungguh berduri namun masih menjadi idaman sang kumbang untuk d sunting...
@ Si Gadis sungguh punya keluarga yg sentiasa menjaga dn mengambil berat tentang si gadis, menjadi tembok penghalang anasir - anasir tidak baik, namun tetap tak terlepas pandang oleh si teruna utk d jadikan kekasih hati... Sanggup meredah onak duri, lautan berapi, mendaki gunung berliku demi memiliki hati si penjaga gadis idaman... Ketulusan, keikhlasan dan kesungguhan adalah kunci segala halangan...

Frasa 2 : Bulan Purnama - Sungguh punya noda2 hitam, cacat cela, namun tetap d puja oleh si pujangga...
@ Setelah dimiliki, keikhlasan si teruna menerima adanya, menjadikan cinta itu begitu indah... Saling menerima kelemahan, kekurangan, kelebihan, kehodohan dn kecantikan, menjadikan cinta itu begitu tulus mulus di hati sang kekasih... Sesungguhnya, itulah kunci kepada cinta yang setia, jujur dan di suci namun kurangnya satu tidak abadi... Kerana CINTA ABADI haruslah milik ALLAH S.W.T sahaja...

Frasa 3 : Sang Matahari - Tetap bercahaya, walau malam menjelma... Dan terus menyinari sang bulan... Kekadang ia gerhana, namun yang pasti, ianya akan kembali gah menyinar...
@ Saat2 terindah seorg perempuan... Bergelar isteri dan menyinari hidup si suami... Menjalani kehidupan yg indah bersama... Melalui detik pahit manis denagn keimanan dan kesabaran yg tinggi... "Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri... Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri... Kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak... Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka..." Dan akhirnya bergelar IBU... satu detik yg pasti tidak terlupakan oleh seorang perempuan... "Sepanjang dia mengandung... Allah sentiasa mengampunkan segala dosa nya... Lahir sahaja bayi,seluruh dosanya sudah tiada lagi... Inilah nikmat yg Allah beri kepada wanita..." Akhirnya dia akan memikul tanggungjawap berat namun dia tidak pernah mengeluh kerna bgnya tanggungjawap itu akan menentukan kebahagian hidupnya sendiri... Berjaga malam demi amanah ALLAH yg tak ternilai... Menjaga perut si suami yg di puja... Sesungguhnya, itulah impian terbesar seorg perempuan...

Wahai Adam dn Hawa... Sesungguhnya, cinta mmg tidak mengenal rupa, darjat mahupun harta... Itu yang pasti... Namun jgnlah krn kurangnya slh satu yg tersebut, maka di hinanya cinta itu... Terimalah pasangan seadanya... Berusahalah untuk membaiki kehidupan... Selebihnya berserahlah pada NYA... Sesungguhnya kita hanya merancang... DIA yg menentukan segalanya... Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati...


Nota Chenta : Wahai Adam... Hawa diciptakan dari rusukmu ya Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisimu untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...


~Mun Dah Susah Gilak Jadi Ompuan...~

I came across a blog masa ngerayo di alam maya... Hmmm... Ada sigek n3 towk mena2 menarik perhatian... 15 advice 4 da ladiesss... Errrrrrr... Pendek cita, aku asa nk condemn jk bila maca n3 ya... Yalah ntah siney nya dpt fakta ya... So utk nyedap ati aku, aku SIK PERCAYAK lah ngn certain fakta or auta ya ehhhh... Sbb ada statement ya d sahkan SIHAT utk wanita oleh PAKAR KESIHATAN ok... So ktk org baca kedirik lah... And do comment k... Hmmm... Yg d highlite ya menimbulkan keraguan k...

1. Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.
kata aku: ada kaitan ka??? pakar plzzz... sbb as far as i noe, nya akan basah, u noe i noe lahhh... hmmm... ntahlah... mungkin juak ooo...

2. Terlalu lama duduk – Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan – Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.
kata aku: yakah??? skali lagik... expertise plzzz...

4. Terlalu lama melihat – Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan.
kata aku: tutup mata jak laaaaa...

5. Terlalu banyak tidur – Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
kata aku: yakah??? adoiiiiiii... ladies, kurangkan tidur k...

6. Terlalu riang/gembiraMerosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
kata aku: jom moody + ngansa + naso jom...

7. Terlalu kerap marah – Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
kata aku: tok aku agreed...

8. Terlalu banayk berfikir – Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
kata aku: again... sum1 plzzzzzzz... i need 2 noe...

9. Terlalu banyak bersedih – Merosakkan jantung...
kata aku: hmmm... ok accepted...

10. Terlalu merana – Merosakkan paru-paru.
kata aku: merana mcm ney?

11. Terlalu takut – Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung...
kata aku: errrrrrrrrr...

12. Terlalu kerap terkejut – Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
kata aku: hmmmmmm...

13. Terlalu banyak makan – Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).
kata aku: ok...accepted...

14. Terlalu minum minuman berais – Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.
kata aku: sila minum lebih byk aek ais... paling bgs, mkn ais...

15. Terlalu banyak masa lapang – Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.
kata aku: setujuuuuu...

Kata Embun: susah nya jd pompuan... mun dah tlalu byk xbgs utk ompuan, apalah yg tinggal...??? Jadi laki senang sik??? Hmmmmmmmm... Klick sitok utk n3 asal... Mungkin kah jd Lady Gaga lebih senang??? Sbb nya hermaphrodite... Hmmm... Mena sik owhhh...???



Di Sini Tintaku Menari...


HeartBeat

~Good Writer With Good Stories...~

~Komentar Anda...~

Get This Recent Comment Widget!

Followers