Lirih Tinta Ku...

It's so easy to think about love, to talk about love, to wish for love... But it's not always easy, to recognize love, even when we hold it in our hands...

HeartBeat

~Nuffnang~

{::}Wahai Lelaki... Sila Baca...{::}

Duhai Kekasih... Jika masih ada rindu, kenapa masih sunyi hatiku? Jika masih ada sayang, kenapa kau menghilang? Jika masih ada cinta, apakah buktinya? Dan jika masih ada segalanya, bilakah kita kan bersama selamanya?


Wahai Lelaki... Tahukah kamu...

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Wahai lelaki... Ada kata pujangga menyatakan...

"A woman's heart should be so lost in God that a man needs to seek Him in order to find her..." - Maya Angelou


Begitu sukarnya untuk memiliki hati seorang wanita... Namun bila di dapati, begitu senangnya hati kami (wanita) di sakiti dan di lukai...

One post very touching to read... Link here...

Tinta Hati Ini... Sesungguhnya aku amat merindui KAMU... Kamu yg telah membina tembok antara kita dek keegoan kamu... Kini aku ingin menjauh walau hati ini sgt merindui kamu... Betapa hinanya diri ini dek kesilapan itu... Maafkan kekurangan diri ini yg sememangnya tidak akan mampu menandingi kelebihan si dia... Sesungguhnya aku ingin sekali pergi meninggalkan kamu tapi aku masih cinta... Selagi terdaya nyawaku, izinkan aku untuk terus mencintai kamu... Walau dari jauh sekali pun... Semoga beroleh kebahagian... Usah di risau diriku... Sesungguhnya kamu tau aku seorang yg tabah... Perpisahan ini yang terbaik untuk kita kerana kebisuan kamu memusnah segalanya... Dan aku pasti itu yang kamu mahu kerana kamu... KEJAM... Kamu telah melukakan hati aku yang pernah kamu janji takkan lukai... Kamu telah memberi harapan palsu kepada ku... Kamu telah berjanji takkan meninggalkan aku sendirian tapi akhirnya aku keseorangan... Kamu yang telah... *sigh...* Wuteva lah... Sesungguhnya aku tak mampu lagi nk menitiskan airmata lagi... Aku dah berputus asa terhadap perhubungan ini... Apapun... Semoga berbahagia dgn kebisuan kamu... Moga kebisuan aku kelak akan mengundang kekesalan di hati kamu... Aku pernah memberi amaran bukan... "Jangan melukai hati aku kerna aku pasti akan melukai hati kamu dgn lebih teruk lagi..." Kamu fikirlah sendiri...

Coretan Rasa Hatiku...


1 Tinta Menari Bersama...:

Khaisya said...

best entry tok... :) wahai lelaki d dunia sana...fikir-fikirkanlah...

HeartBeat

~Good Writer With Good Stories...~

~Komentar Anda...~

Get This Recent Comment Widget!

Followers